" KITA BANTU HAIWAN, HAIWAN MENDOAKAN KITA DI AKHIRAT NANTI "


SIAPA KAMI ?
Tak ramai yang tahu mengenai kewujudan 'kami', yang mengambil berat perihal kucing terbiar dan anjing jalanan. Kami, BANTUAN HAIWAN PRIHATIN ditubuhkan untuk membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan.
Kebiasaanya, haiwan – haiwan ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Ada diantara mereka memberi alasan seperti , haiwan ini menganggu ketenteraman awam , merosakkan perniagaan dan sebagainya.
Persoalannya, di manakah nilai kemanusiaan yang telah dianugerahkan Allah kepada kita ? Sanggupkah kita membiarkan perkara seperti ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan ?
MEMERLUKAN RM 100,000 UNTUK MEMBIAYAI MAKANAN, UBAT-UBATAN , KOS RAWATAN DAN INGIN MEMBINA PUSAT PERLINDUNGAN SECARA BERTERUSAN KEPADA KUCING/ANJING TERBIAR
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariah yang merupakan amalan yang terpuji di sisi Allah. Manusia yang paling beruntung adalah apabila dia berusaha melakukan amal jariah ketika di dunia dan pahalanya berkekalan sehingga akhirat kelak.
Saudara dan saudari semua,
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)
Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.
JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN ?

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan , kos rawatan dan membina pusat perlindungan kucing/anjing terbiar.
Jika berkesempatan, kami Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..
Terdapat 6 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Kelantan dan Terengganu.
*Kami juga memerlukan 20 orang sukarelawan di sekitar Besut & Jerteh Terengganu untuk memberi makanan kepada kucing/anjing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka menggunakan dana yang diperoleh.
*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos bayaran sukarelawan di seluruh Malaysia.
PEMBIAYAAN MAKANAN,UBAT-UBATAN , KOS RAWATAN DAN PUSAT PERLINDUNGAN KUCING/ANJING TERBIAR
Pihak kami sedang mengumpul dana bagi pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakal digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti anjing dan kucing jalanan.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini.
Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.
SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN
![]()

INFO SEMASA AKTIVITI BANTUAN HAIWAN PRIHATIN
Sesungguhnya seekor kucing itu datang dengan Malaikat yang membawa rezeki.
Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.
Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.
ANTARA GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
![]()






Aktiviti ini telah dijalankan oleh sukarelawan di sekitar negeri Terengganu & Kelantan.
KE MANA DANA DIAGIHKAN ?
"Impian kami besar, Dana kami kurang".
1) PENUBUHAN KELAB SUKARELAWAN DI SELURUH MALAYSIA.
Kelab Sukarelawan akan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti kebajikan terhadap haiwan-haiwan terbiar di negeri masing-masing. Buat masa sekarang, terdapat 16 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Besut. Dan 10 orang sukarelawan di Negeri Kelantan.
2) SALUR DANA MELALUI KEDAI HAIWAN PERLIHARAAN
Kami turut berkerjasama dengan Kedai Haiwan Perliharaan yang terpilih di daerah-daerah yang terdapat ahli sukarelawan kami untuk mereka dapatkan bekalan seperti Makanan Kucing/anjing, ubat-ubatan dan sebagainya terus dari Kedai tersebut untuk mejalankan aktiviti mingguan.
3) KOS PENGURUSAN
Selebihnya akan digunakan bagi menampung kos pengurusan pertubuhan, dan saguhati kepada para sukarelawan di seluruh Malaysia.
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
+ PENUBUHAN PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN TERBIAR (SHELTER CENTRE) - RM100
+ PAKEJ TAJAAN MAKANAN HAIWAN TERBIAR - RM 50
+ PAKEJ TAJAAN UBAT-UBATAN & RAWATAN HAIWAN TERBIAR - RM 50
+ PAKEJ SEIKHLAS HATI - RM 10
Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 01164394368 (Bantuan Haiwan Prihatin)
Sekiranya cik berminat nak tau update aktiviti, cik bleh join channel tele dgn fb ni . Aktiviti ni dijalankan setiap hari oleh sukarelawan kami.
Dan update aktiviti akan dimuat naik di page fb kami dan di channel telegram setiap hari InshaAllah.
.
Bagi yang berminat untuk info & update aktiviti boleh join :
Channel telegram : https://t.me/BantuanHaiwanPrihatin
